Pages

Thank You World !

free counters

Monday, January 23, 2012




Menjelang Hari Kraf Kebangsaan 2012




Setiap awal tahun , satu acara besar yang selalu ditunggu-tunggu oleh warga pengusaha dan peminat kraftangan adalah Hari Kraf Kebangsaan. Kali ini adalah Hari Kraf Kebangsaan 2012 kali ke 9. Pengusaha menantikan maklumbalas dari peminat kraftangan tentang hasil kraf baru dan terkini mereka. Peminat pula saban tahun menantikan apa pula hasil kraftangan yang baru atau yang diberi nafas baru yang bakal berada di pasaran.




Bercerita tentang hari kraf kali ini, tarikhnya belum ditetapkan lagi. Selalunya ia akan berlangsung disekitar penghujung Februari hingga awal March. Ini barangkali disebabkan oleh kebimbangan PRU 13 akan diadakan dalam masa terdekat. Tapi walaubagaimanapun kita sabarlah menantikan ketibaannya.......




Bercakap pula tentang hasil baru hasil seni atau kraftangan saya, nampaknya ada sedikit pengolahan dibuat terhadapnya. Kalau sebelum ini saya mempamirkan hasil yang bersaiz besar, berat dan berharga melebihi RM200 sekeping, kali ini saya tampil dengan gaya yang berbeda. Sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012 ini saya mempersembahkan hasil kraftangan yang sama tetapi agak kecil sedikit, ringan dan ianya mampu milik iaitu disekitar RM70 sekeping. Ide ini tercetus dari maklumbalas dari pihak Kraftangan dan juga dari peminat dan pembeli hasil seni saya.




Sebagai mengakhiri catatan saya hari ini , saya mengambil peluang menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru 2012 dan mengalu-alukan kedatangan anda semua ke Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang akan diumumkan nanti. InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment