Thank You World !

free counters

Saturday, May 12, 2012


Produk-produk baru

Hari Kraf 2012 telah berlalu dua bulan yang lepas. Pada hari-hari berlangsungnya peristiwa tersebut, saya dapat menemui  kawan2 sepejuangan lama dan baru . Saya banyak berbual dan berbincang mengenai perkembangan semasa dan terbaru mengenai kraftangan. Dari situ saya banyak mengarap
ide-ide baru untuk dijadikan produk baru. Saya nak buat R&D dulu.


 
Bekas berbentuk daun dijual dengan harga RM 30.


Pinggan berharga RM80.


Beberapa minggu sebelum Hari Kraf 2012 bermula, seakan terbit diingatan saranan dari sahabat saya Ben dari APA . Dia menyarankan kepada saya untuk menghasilkan sesuatu dari kayu iaitu bekas2 kayu samada pinggan mahupun mangkok. Masa hanya tinggal tidak berapa lama lagi sempat saya mencurah ide tersebut untuk dijadikan bekas2 yang disarankan itu. Saya dapat menghasilkan beberapa buah bekas  untuk diperkenalkan kepada pengunjung sebagai hasil kraf saya yang terkini.
Pada hari pertama sahaja 7 dari 10 buah bekas tersebut terjual. Dua tiga hari kemudian saya bawa sebanyak 5 buah bekas lagi pun habis terjual.Saya tidak menjangkakan sambutannya amat memberangsangkan. Kebanyakkan produk ini dibeli oleh pelancong asing seperti dari Jepun , Korea, USA, Belarus , Eropah dan lain2 lagi.Syukur kepada Allah dan terimakasih Ben!



Bekas berharga RM150.


Dulang kayu berharga  RM100.
Mangkok kayu berharga RM 150.


Selepas tamatnya Hari Kraf 2012 dua bulan lalu saya tidak henti-henti membuat produk tersebut sebagai persediaan untuk promosi yang akan datang. Tak tahu bila dan di mana............................



Monday, January 23, 2012




Menjelang Hari Kraf Kebangsaan 2012




Setiap awal tahun , satu acara besar yang selalu ditunggu-tunggu oleh warga pengusaha dan peminat kraftangan adalah Hari Kraf Kebangsaan. Kali ini adalah Hari Kraf Kebangsaan 2012 kali ke 9. Pengusaha menantikan maklumbalas dari peminat kraftangan tentang hasil kraf baru dan terkini mereka. Peminat pula saban tahun menantikan apa pula hasil kraftangan yang baru atau yang diberi nafas baru yang bakal berada di pasaran.




Bercerita tentang hari kraf kali ini, tarikhnya belum ditetapkan lagi. Selalunya ia akan berlangsung disekitar penghujung Februari hingga awal March. Ini barangkali disebabkan oleh kebimbangan PRU 13 akan diadakan dalam masa terdekat. Tapi walaubagaimanapun kita sabarlah menantikan ketibaannya.......




Bercakap pula tentang hasil baru hasil seni atau kraftangan saya, nampaknya ada sedikit pengolahan dibuat terhadapnya. Kalau sebelum ini saya mempamirkan hasil yang bersaiz besar, berat dan berharga melebihi RM200 sekeping, kali ini saya tampil dengan gaya yang berbeda. Sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012 ini saya mempersembahkan hasil kraftangan yang sama tetapi agak kecil sedikit, ringan dan ianya mampu milik iaitu disekitar RM70 sekeping. Ide ini tercetus dari maklumbalas dari pihak Kraftangan dan juga dari peminat dan pembeli hasil seni saya.




Sebagai mengakhiri catatan saya hari ini , saya mengambil peluang menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru 2012 dan mengalu-alukan kedatangan anda semua ke Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang akan diumumkan nanti. InsyaAllah....

Sunday, December 11, 2011

English Home Deco





This is my latest products. At this moment I’m producing English home deco which is now on trends. By creating new approach on designing new designs others the ones that we can get in the interior  market.  The products are made using MDF( medium density fibreboard).