Pages

Thank You World !

free counters

ABOUT ME.

About Work
As a fulltime woodcarving artist, I’m always looking  for  a contemporary style, patterns and methods that can be implemented in traditional carving.The combination of ideas and elements of tradition and modernity , created the style of sculpture called ethnic contemporary with neo-traditional concept. In another words modern style carving  based on local custom and culture.


Artis Biografi

Name : Rostam Affandi bin  Abdul Rashid.

Place of Birth
 :
Kuala Lumpur.

Date of Birth
: 20 Februari 1963.


From : Kampung Raja Besut Trengganu.

Primary and secondary education SRJK Jalan Kuantan,Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah                                                              
Tinggi Setapak,Kuala Lumpur.

Higher education
 :
 Diploma in Civil Engineering (Land Survey).

Profesion  :  Skulpture Artis 






Kenyataan artisSejarah ukiran kayu jenis ini terhasil dari pengalaman dan diadaptasi dari pemerhatian pada alam semulajadi.Keseluruhan ukiran yang dihasilkan ini adalah hasil kombinasi beberapa ciri-ciri moden dan tradisional.Ide dari garapan dan kombinasi ukiran sedia ada dari beberapa suku kaum di Nusantara ini.Ia juga berlandaskan ilham,bakat dan minat yang dianugerahkan oleh kuasa yang Esa.

Ukiran jenis ini diperbaharui dan digantikan dari motif kekacang,bunga ketumbit,awan larat dan sebagainya kepada motif tumbuhan eksotik terkini yang ada di alam sekitar semula jadi sekeliling kita.Ia berkisar pada alam dan dari alam yang cenderung kepada flora dan fauna samada secara terus atau simbolik.Tumbuhan eksotik seperti pelbagai spesies helikonia,halia,herba,pokok pisang,pokok kelapa dan lain-lain dipilih sebagai motif untuk memenuhi suasana dan kehendak semasa.Motif-motif ini juga dipilih sebagai suatu kelainan dan untuk membezakannya dengan motif ukiran yang lain.

Ia memberi seribu satu makna untuk menterjemahkan segala unsur ini kepada suatu nilai seni dalam bentuk ukiran kayu.

Saya lahirkan elemen-elemen ini melalui seni ukiran kayu kerana ukir adalah satu-satunya seni warisan bangsa yang begitu sinonim dengan bangsa Melayu.


Diukir di atas panel-panel kayu seperti kayu cengal,resak,balau dan sebagainya.Terdapat dua jenis ukiran iaitu tebuk dan tebuk tembus.Kaedah ukiran pula dinamakan “ice-cream scooping” yang diamalkan oleh kebanyakan suku kaum di Kepulauan Nusantara ini.Alatan yang digunakan terdiri dari pahat yang pelbagai saiz,pisau,tukul kayu dan mesin moden kecil.

Beberapa olahan dibuat untuk menjadikan ukiran jenis ini lebih menarik seperti mewarnakan mengikut warna asal motif.

Dalam mendefinisikan seni sebagai suatu yang subjektif,universal dan tanpa sempadan ukiran jenis ini tidak langsung mengikat karyanya pada mana-mana atau apa-apa falsafah dan konsep sedia ada sebagaimana ukiran tradisional,samada sudut rohaniah mahupun batiniah.







Perjalanan Artis


 -Pada tahun 1989 ,mula berjinak-jinak dengan kerja-kerja kayu iaitu ketika masih dalam perkhidmatan.

-Pada tahun 1994 , mengambil keputusan untuk meninggalkan pekerjaan  sebagai pegawai di sebuah jabatan kerajaan dan menumpukan sepenuh masa pada kerja kayu.

-Tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang pertukangan dan kerja kayu mahupun dalam bidang seni halus.Namun, minat dan semangat yang kental sentiasa menjadi pendorong untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini.

-Sepanjang karier sebagai tukang kayu sepenuh masa pelbagai hasil kayu telah diusahakan.Antaranya,binaan dalam(interior),binaan luaran(exterior) dan binaan laman (hardscape)







Heliconia xanthovillosa Kress





-Ukiran kayu yang bercirikan etnik kontemporari dan neotradisional ini merupakan ilham dan karya  yang terkini dalam bidang seni tampak.
 ANTARA  ACARA YANG TELAH DISERTAI.

-7 keping karya telah menjadi hiasan dinding di bilik mesyuarat Kementerian Pertanian, Putrajaya-2004
-7 keping karya telah menjadi hiasan dinding tetap di Dewan Bankuet Petronas Training Centre,Bangi.-2004
-Citrawarna 2005
-Hari Kraf Kebangsaan .2004-2013
-Kraf Hasil Rimba,Kompleks Kraf Jalan Conlay,Kuala Lumpur .2006 dan 2010
-Rumah Melayu,Galeri Pelita Hati.2006.
-Karnival Hasil Rimba,Galeri Wariseni MTIB.2007
-MICCOS PWTC-2007
- MAEPS .2009
-Pameran Solo ‘Neo-tradisional’ di Muzium Seni Asia,Universiti Malaya-2007.
-Floria,Putrajaya-2007dan 2010
- Pameran Perdagangan Antarabangsa , Ambiente, Frankfurt,Jerman. 2011 dan 2013.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Asslmkm sdr...saya ingin mendapatkan set alat ukiran yg baik untuk kegunaan pelajar. Dimana boleh saya dpatkannya. Harap dpt bantu saya. T.kasih.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    Saya minta maaf banyak2 sebab lambat sangat jawap. Saya jarang buka blog saya ni.Selalunya orang akan contact guna facebook atau e mail saya.Berkenaan pertanyaan sdr. alatan ukiran atau pahat yang agak baik dan boleh digunakan( utk pro) adalah buatan Indonesia atau siam. Boleh di dapati walaupun harganya agak mahal di MULTIFILLA di Balakong (search guna google). Kalau untuk pelajar bolehlah guna alatan dari China . Boleh didapati di kedai2 art and stationary sekitar KL .
    Kalau nak clearlagi bolehlah call, sms (0192619885), e mail (rostam_affandi@yahoo.com) atau fb sy.

    Maaf. Terimakasih

    ReplyDelete
  4. Assalamu Alaikum,

    How are you? I am Shamseer, we met at Dubai World Trade Center today!! (At Gifts Expo)
    Keep in touch, insha Allah, we will meet again.

    Thanks,

    Shamseer Moidu

    ReplyDelete